Yusri Che Lah Akui Dia Yang Suruh Sunday Buat Provokasi Dengan Menari

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Perak, Yusri Che Lah tanpa rasa bersalah mengakui beliau lah yang menyuruh pemain import, Sunday Afolabi untuk membuat tarian mengikut chant kumpulan penyokong Perak di dalam kawasan penalti Kelantan, ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Rabu.

Tidak cukup dengan itu, Afolabi kemudiannya berguling-guling beberapa pusingan di atas padang hanya kerana disentuh oleh Abdul Latiff Suhaimi seolah-olah dia telah dikasari.

Tindakan Afolabi itu mencetus provokasi yang tidak sepatutnya dalam kalangan penyokong Kelantan, malah pemain itu turut menjadi sasaran kecaman dengan Steve Darby melabelnya sebagai memalukan dan mencerminkan kebodohan.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Yusri Che Lah berkata dia terpaksa menyuruh Sunday berkelakuan begitu bagi mempertahankan kelebihan 2-1 milik pasukannya.

“Saya memang suruh Sunday naik menari. Saya pi bisik kat dia. Orang lain tak tahu tapi aku tahu, apa hang buat dan aku nak hang buat terus terus macam itu.

“Saya ada tampar Sunday dan kalau dia kena kad merah, kita tetap akan menang. Bukan takbur tapi saya rasa lawan tertekan dengan keinginan yang melampau.

“Jadi kami pun tertekan sebenarnya minit pertama kami kena, tapi itulah bola sepak. Pemain bermain dengan hati berbeza, bukan dipaksa, disuruh tapi dengan keazaman. Insha Allah kami akan lebih erat dan lebih berdaya saing di masa akan datang,” kata Yusri Che Lah.

Tambah Yusri yang pernah mengemudi Kelantan, “Maaf semua peminat TRW. Saya faham perasaan apabila tewas tapi kami hadir misi dapatkan mata. Tak mudah beraksi di sini dalam cuaca panas.

“Terima kasih semua pemain berjuang demi pasukan Perak, saya sendiri tak jangka pemain akan beraksi baik di hadapan lebih 8,000 penonton yang cukup banyak,” 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.