Zamsaham Membayangkan Kelantan FC Juarai Liga Premier

Zamsaham
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selepas menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit di kem Kelantan FC, pemiliknya Norizam Tukiman (Zamsaham) menganggap pasukan itu kini sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau yang juga pakar pelaburan meletak sasaran Kelantan FC menamatkan saingan Liga Premier musim ini di kedudukan lima teratas dan muncul juara suatu masa nanti.

“Saya membayangkan TRW (The Red Warriors) juara Liga Premier suatu masa nanti. Tahun 2021 sasar top 5 dahulu sebab baru selesai tampal bocor-bocor kapal yang hampir karam. Sekarang kapal dah ok (boleh) belayar. Inshaallah Kelantan akan ke puncak. Sabar,” ujarnya.

Sebelum ini, Zamsaham pernah memberitahu sasaran diletakkan untuk Kelantan FC layak ke Liga Super adalah pada 2024.

Berita berkaitan: Zamsaham Minta MFL Bantu Pasukan Buat Duit, Bukan Bantu MyCujoo

Adalah diketahui, sejak mengambil alih Kelantan FC bermula September 2020, Zamsaham telah menghabiskan jutaan ringgit untuk menyelesaikan pelbagai hutang lapuk dan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan, sama ada import mahupun tempatan.

Ini termasuklah kes-kes yang telah dibawa ke FIFA seperti Cassio Francisco De Jesus, Abou Bakr, Marko Kraljevic, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi.

Untuk musim ini, Zamsaham membina semula pasukan daripada bawah, membentuk pasukan dengan mempertaruhkan sebahagian besarnya pemain muda serta kurang ternama.

Ketika ini selepas mengharungi 16 perlawanan, skuad yang dibimbing Marco Ragini menduduki tangga ketujuh daripada 11 pasukan dengan 21 mata, dan masih dalam landasan tepat untuk mengejar kedudukan lima teratas seperti disasarkan.

Dengan empat perlawanan berbaki, peluang Kelantan FC untuk cuba merebut slot ke Liga Super lebih awal dari disasarkan juga masih belum tertutup.

Ini memandangkan jarak mata yang tidak terlalu jauh selain tiga daripada enam pasukan di atas mereka adalah ‘feeder team’ namun kata kuncinya sekarang adalah mereka perlu menang kesemua baki perlawanan, sambil mengharapkan pasukan Negeri Sembilan, Sarawak United dan PDRM FC mencicirkan mata.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.